Memberi salam.
“ Assalamualaikum”
Assalamualaikum merupakan ungkapan yang sering di ucapkan oleh orang Melayu khususnya yang beragama Islam. Assalamualaikum merupakan pembuka bicara sebelum kita memulakan pertanyaan, perbualan dan sebagainya. Budaya memberi salam ini adalah satu perkara yang baik dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu kerana perbuatan memberikan salam ini menjadikan kita lebih beradab dan bersopan. Namun kini tidak ramai dalam kalangan kita yang mengamalkan sikap memberi salam ini khususnya golongan muda kerana mereka ini lebih terikut-ikut dengan gaya atau corak kehidupan barat dengan mengungkapkan perkataan seperti “ hai” dan sebagainya dalam perbualan seharian. Kita boleh mengikut mengikut corak sesuatu budaya itu tetapi janganlah sampai kita lupa akan budaya kita sendiri kerana terlalu mengagung-agungkan budaya orang lain sehingga menganak tirikan budaya kia sendiri. Hakikat inilah yang perlu kita sedari. Pembudayaan memberi salam ini perlu ada dalam diri individu itu khususnya mereka yang beragama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan