Diskusi Ilmiah
Sabtu , 5 /3/ 2011
Pada hari sabtu yang lepas, aku telah menghadirkan diri dalam satu majlis diskusi bahasa iaitu Kelangsungan Tatabahasa Dewan dulu dan kini. Tatabahasa Dewan merupakan buku pegangan bagi para pandidik di sekolah khususnya guru Bahasa Melayu. Buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga merupakan edisi terbaru yang diterbitkan. Penerbitan edisi baharu buku Tatatbahasa Dewan ini adalah untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada buku Tatabahasa Dewan yang sedia ada sebelum ini. Banyak ilmu yang diperolehi hasil daripada mengikuti diskusi ilmiah ini. Antaranya ialah kata nama “ia” tidak boleh digunakan untuk merujuk manusia dan kata nama ini hanya boleh merujuk kepada benda yang bernyawa contohnya binatang.
Selain itu, diskusi ilmiah ini juga turut menyatakan mengenai beberapa persoalan kesempurnaan Bahasa Melayu yang diselesaikan oleh Tatabahasa Dewan. Antaranya ialah
i. Binaan ayat dalam bahasa Melayu
ii. Jumlah pola ayat dasar
iii. Golongan kata dalam bahasa Melayu
iv. Beberapa aspek morfologi, termasuk hukum morfofonem bagi pengimbuhan dengan awalam meN- dan peN dan penentu bentuk-bentuk kata tertentu.
v. Penyelarasan istilah bagi konsep dan bentuk kata utama dalam tatabahasa bahasa Melayu
vi. Beberapa aspek ejaan yang menimbulkan kekeliruan antaranya:
· Ejaan kata majmuk
· Ejaan kata majmuk ganda dan berimbuhan
· Ejaan kata pijaman.
Secara keseluruhannya, diskusi ilmiah ini banyak memberikan informasi baru. Banyak maklumat yang aku perolehi. Diskusi seperti ini perlu diadakan selalu supaya banyak maklumat mengenai bahasa dapat diperolehi khususnya bahasa Melayu kerana melalui diskusi seperti ini dapat membantu kita untuk memperbaiki penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu kita supaya kita dapat menguasai dan menuturkan bahasa Melayu dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan