Khamis, 17 Februari 2011

7/2/2011 Isnin

Pengumuman

Ketika berada di kolej kediaman saya terdengar satu pengumuman yang ditujukan kepada pemilik kenderaan yang dilihat menghalang lalu lintas ketika berlansungnya satu karnival. Pengumuman tersebut berbunyi begini " perhatian kepada kenderaan-kenderaan sila alihkan kenderaan anda". Jika kita lihat pada ayat pengumuman ini kita dapati yang pengumuman ini ditujukan khas kepada pemilik kenderaan yang meletak kenderaan mereka yang menyebabkan berlakunya masalah lalul lintas tetapi individu yang membuat pengumuman tersebut  tersalah sebut kepada kenderaan-kenderaan yang sepatutnya disebut pemilik kenderaan. Di sini kit dapat lihat yang individu yang membuat pengumuman ini tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya apabila dia mengulangi ayat yang sama untuk pengumuman yang kali keduanya. Kita seharusnya peka terhadap setiap ayat yang digunakan oleh kita. Hal ini penting bagi mengelakkan kita daripada terus melakukan kesalahan yang sama ini sama ada secara sedar atau tidak sedar.