Selasa ,22/2/2011
Penjodoh bilangan
“Rumah awak berapa orang penduduk.”
Jika kita lihat pada ayat di atas kita dapati penjodoh bilangan yang digunakannya tidak sesuai dengan ayat tersebut. Perkataan penduduk itu menunjukkan ramai dan lebih sesuai untuk merujuk bilangan penghuni bagi sesebuah kawasan seperti pekan, kampung, bandar, daerah dan negara. Ayat diatas lebih sesuai menggunakan kata bilangan penghuni kerana penghuni itu lebih sinonim bagi bilangan mereka yang tinggal di dalam sesebuah rumah. Kita perlu menggunakan kata atau penjodoh bilangan yang sesuai apabila kita ingin menyatakan sesuatu perkara. Penggunaan penjodoh bilangan yang betul menjadikan maklumat disampaikan itu dapat diterima oleh orang lain adalah tepat dan tidak berlaku salah faham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan