Isnin , 7/3/2011
Ok atau Baiklah???
Ketika satu sesi pembentangan dilakukan dalam kelas, aku sering kali terdengar yang kebanyakan pelajar yang membentangkan tajuk mereka banyak menggunakan perkataan ok. Contohnya, ayat seperti di bawah ini sering kali digunakan oleh pelajar:
“Ok, seterusnya kita lihat..........”
Mengapa kita sering kali menggunakan perkataan Ok ini. Hal ini demikian kerana kita sudah terbiasa menggunakan perkataan tersebut tanpa kita sedari yang perkataan tersebut tidak sesuai untuk digunakan. Kita sepatutnya menggantikan perkataan “Ok, seterusnya kita lihat..........” ini dengan “ Baiklah, seterusnya kita lihat.......”. Kita perlu membiasakan diri kita untuk menggunakan perkataan baiklah kerana perkataan ini lebih sesuai untuk digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan