Rabu, 9 /2/ 2011
Ucapan terima kasih
“Terima kasih”
Perkataan yang cukup pendek dan ringkas untuk diucapkan. Namun tidak semua orang yang mengungkapkan perkataan ini dalam kehidupan mereka. Kita perlu menyatakan penghargaan terima kasih ini kepada mereka yang telah membantu kita. Ucapan ini penting sebagai penghargaan terhadap pertolongan atau kerjasama yang diberikan dan menjadikan mereka lebih dihargai. Contohnya kita boleh memberikan ucapan terima kasih kepada pemandu bas terhadap khidmat yang diberikannya kerana tanpa mereka mungkin kita tidak sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Ucapan ini perlu diterapkan dalam diri kita dan kita juga seharusnya membudayakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan