Isnin, 21 Mac 2011

Isnin 24/ 1/ 2011

Bahasa kasar 

" Bodoh betul la yang tu pun tak tau ke?
Ayat yang diucapkan oleh penutur ini adalah kurang sopan kerana pemilihan penggunaan bahasa atau perkataan yang boleh dianggap kesat. Penggunaan kata yang kurang sopan ini boleh menimbulkan rasa kurang enak bagi mereka yang mendengarnya dan perkataan atau bahasa yang kesat ini apabila digunakan boleh menyinggung perasaan orang yang dimaksudkan oleh penutur tersebut. Kita seharusnya perlu menjaga setiap percakapan yang dituturkan oleh kita bagi mengelakkan kita menyakiti hati orang lain sama ada kita sedari atau tidak. Kita juga perlu sensitif terhadap perasaan orang lain kerana setiap individu adalah berbeza sikapnya dan juga penerimaannnya terhadap sesuatu perkata. Oleh yang demikian, kita perlulah memilih perkataan yang sopan semasa ingin menuturkannya dan kita perlulah menjaga perasaan mereka yang berada di sekeliling kita.
25/ 1/ 2011 Selasa

Teguran
 " Hello, abang yang kat belakang sana tu ''. Dialog ini diungkapkan ketika satu sesi pembentangan yang dijalankan didalam kelas. Berdasarkan   dialog ini kita dapati yang si penutur itu cuba untuk meminta para pelajar lelaki yang tidak memberikan perhatian ketika sesi pembentangan yang dilakukan oleh pengucap dialog ini. Ayat yang digunakan oleh pengucap atau pelajar ini untuk menegur sikap pelajar yang kurang memberikan perhatian ketika sesi pembentangan dilakukan ini agak kurang sopan bahasanya.Pelajar ini sepatutnya menegur pelajar lain dengan menggunakan kata yang lebih lembut bunyinya tetapi dapat memberikan kesan kepada pelajar yang kurang memberikan perhatian. Sekiranya kita ingin menegur seseorang kita seharusnya menggunakan perkataan atau ayat yang halus bahasanya agar tidak menyentuh perasaan orang lain agar mereka tidak mereasa yang diri mereka itu sedang dimalukan.
26/1/2011 Rabu


Ejaan lama

Bilek sembahyang
 Ketika saya dan rakan-rakan saya berada di suatu tempat saya ternampak satu papan tandan yang tertulis perkataan " bilek sembahyang". Jika kita lihat ejaan pada papan tanda ini kita dapati sistem ejaan yang digunakan ini merupakan sistem ejaan Melayu lama bukannya sistem ejaan bahasa baku yang standard. Papan tanda ini sepatutnya dieja dengan sistem ejaan baru sekarang iaitu seperti " bilik sembahyang". Situasi ini memeperlihatkan yang pihak pengurusan bagi tempat ini kurang peka terhadap penggunaan sistem bahasa yang betul. Situasi ini tidak seharusnya berlaku kerana ini mungkin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai sistem ejaan yang digunakan dan menyebabkan mereka berfikir sama ada sistem ejaan yang digunakan itu merupakan sistem ejaan yang baru atau lama. Kekeliruan ini biasanya berlaku di kalangan pelajar. Pihak pengurusan tempat tersebut seharusnya bersikap peka terhadap masalah ini dan mereka seharusnya menukar sistem ejaan ini dengan segera untuk memastikan masalah ini daripada berterusan.
27/1/2011 Khamis

Hukum D-M

                         ''makan sudah".


Jika kita lihat pada ayat ini, ayat ini merupakan dialek Sabah. Jika kita perhatikan ayat ini kita dapati yang ayat ini menyalahi kuhum D-M iaitu diterangkan dan menerangkan. Ayat ini sepatutnya diucapkan dengan mematuhi hukum D-M iaitu sudah makan. Kita seharusnya menuturkan bahasa yang diujarkan oleh kita dengan menggunakan bahasa yang betul kerana bahasa yang digunakan ini melambangkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memartabatkan bahasa kebangsaan kita dan kita seharusnya kita menggunakan bahasa kita itu dengan sebaik mungkin dan mematuhi hukum-hukum bahasa yang telah ditetapkan.
28/1/2011 Jumaat

Dekat atau jauh.

Ketika saya berada di kolej kediaman saya ternampak satu notis yang bertulis"............. di bawah........."
Perkataan "di bawah'' ini sepatutnya dieja secara dekat dan bukannya terpisah, perkataan ini seharusnya dieja dengan "dibawah".  Mereka yang bertanggungjawab menulis memo atau notis ini perlulah peka terhadap penggunaan bahasa. Kita seharusnya menyemak semula setiap ayat yang ditulis atau ditaip bagi memastikan yang kita tidak melakukan sebarang kesalahan penggunaan bahasa.Kita perlulah peka terhadap bahasa bagi mengelakkan kita daripada merosakkan bahasa tersebut.
30/1/2011 Ahad

 Perbandingan melampau

" Ikan Bilis besar penyepak"

Ketika saya dan rakan saya berada di kedai makan saya terdengar seorang pelanggan berkata kepada rakannya " ikan bilis besar penyepak". Jika kita lihat pada ayat yang dituturkan oleh individu ini kita dapati ayat ini tidak gramatis.  Penggunaan perkataan atau ayat " ikan bilis besar penyepak " ini dilihat tidak sesuai dengan konteks ayat ini. Di sini kita boleh lihat yang individu tersebut cuba untuk menggambarkan tentang betapa besarnya saiz ikan tersebut berbanding dengan saiznya yang normal.

31/1/2011 Isnin

Penjodoh bilangan

Saya terdengar perbualan seorang pelajar yang sedang berbual dengan rakannya. Pelajar tersebut menuturkan ayat " dalam banyak-banyak sekolah seekor ja yang buka". Pada ayat perbualan ini kita dapati yang pelajar tersebut menggunakan perkataan seekor bagi penjodoh bilangan bagi sekolah. Penjodoh bilangan bagi sekolah yang sepatutnya ialah sebuah dan bukan seekor seperti yang dituturkan oleh pelajar tersebut. Kita seharusnya tahu akan perkara ini dan kita tidak sepatutnya melakukan kesalahan seperti ini kerana kita merupakan seorang bakal guru yang bakal mendidik anak bangsa. Sekiranya kita ingin mendidik seseorang itu untuk berbahasa dengan betul, kita terlebih dahulu perlulah berbahasa dengan betul. Hal ini penting supaya kita dapat memberikan contoh teladan yang baik terhadap peggunaan bahasa. Kita perlulah peka terhadap masalah seperti ini supaya kita tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang.
1/2/2011 Selasa.

Akronim

Ketika tibanya musim cuti banyak poster-poster yang ditampal di merata-rata tempat yang bertujuan untuk mengiklankan perkhidmatan bas yang ditawarkan kepada pelajar untuk pulang ke kampung.  Kebanyakan perkhidmatan bas untuk pulang bercuti ini sama ada cuti semester mahupun cuti raya banyak disediakan untuk pelajar Pantai Timur. Bagaimanapun sekiranya kita lihat terdapat banyak kesalahan bahasa yang dilakukan terhada poster yang ditampal itu antaranya ialah seperti perkataan ini "UPC-TGANU-UPC".  Jika kita lihat pada ayat ini kita dapati yang terdapat kesalahan pada akronim perkataan tersebut disamping terdapat penggunaan singkatan bagi perkataan. Perkataan ini sepatutnya ditulis dengan betul seperti berikut " UPSI-TERNGGANU-UPSI". Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana situasi ini dilihat seolah-oleh merosakkan bahasa. Kita perlulah mengelakkan daripada mengulangi kesilapan yang tidak sepatutnya ini.
2/2/2011 Rabu

 Kesantunan berbahasa
'' Memang la  kat sana cuti, tapi kat sini tak cuti la bongok". Ayat ini memperlihatkan penggunaan bahasa yang agak keras. Kita seharusnya menggunakan kata yang lebih lembut dan sopan ketika kita berkomunikasi dengan orang lain. Pemilihan kata yang sopan ini mencerminkan sikap dan keperibadian kita yang sebenar. Penggunaan bahasa yang kesat mungkin akan menyebabkan orang lain terasa hati dengan sikap kita. Bagi sesetengah orang perkara ini mungkin dianggap biasa namun bagi sebahagiannya pula menganggap sebagai kurang sopan. Kita seharusnya bijak dalam memilih perkataan sebelum kita menuturkan sebarang ujaran kita. Sikap seperti ini perlu dielakkan dan perbuatan seperti ini adalah tidak manis untuk dilakukan.

3/2/2 011 Khamis


Unsur lewah

Ketika berada dalam Bas saya terdengar seorang pelajar mengungkapkan kata" raya Cina ni best banyak filem yang seronok. Banyak cerita lawak komedi". Jika di lihat pada ayat yang dituturkan oleh pelajar ini pelajar ini menggunakan percampuran kod dalam bahasa pengucapannya. Selain itu, bahasa yang di ucapkan oleh pelajar ini juga mengandungi unsur lewah dimana dia meggunakan perkataan lawak dan komedi. Kedua-dua perkataan ini mengandungi maksud yang sama iaitu jenaka.  Situasi ini memeperlihatkan yang pelajar ini tidak peka terhada peggunaan bahasa itu. Kita sebagai pelajar khususnya bakal guru seharusnya peka terhadap setiap bahasa yang di ungkapkan oleh kita kerana setiap perkataan yang diungkapkan oleh kita ini melambangkan personaliti kita sebenarnya dan perkara ini mungkin menimbulkan keraguan orang ramai dengan penggunaan bahasa kita yang tidak betul.
Isnin , 14 / 2/ 2011

Sorry
                        “ sorry, tak sengaja”
Kita  mungkin sudah biasa mengdengar mendengar ayat tersebut. Namun  tidak semua orang biasanya yang mampu untuk mengucapkan maaf itu. Kata maaf itu terlalu mahal harganya bagi sesetengah individu. Kita perlulah meminta maaf sekiranya kita ada melakukan sebarang kesalahan kerana perbuatan meminta maaf itu adalah satu perbuatan yang baik, dan  kita menyedari akan kesilapan yang kita telah lakukan di samping dapat menjaga hubungan baik sesama kita. Namun demikian, adakah kita sedar yang masyarakat kita pada hari ini lebih gemar mengungkapkan perkataan maaf itu dengan menggantikannya dengan perkataan sorry. Kita seolah-oleh sukar sekali untuk meminta maaf itu dengan kata “ maaf” tetapi sebaliknya kita lebih suka menggunakan perkataan “ sorry” ini. Masalah ini sering kali berlaku dalam masyarakat kita. Tidak salah sekiranya kita ingin menggunakan perkataan “ sorry” itu tetapi adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan perkataan “ maaf “ itu dalam kehidupan seharian itu kerana perkataan “maaf” itu lebih menunjukkan kesopanannya.

 
Selasa , 15/2/201

Penjodoh bilangan

                        “ ala tiga ketul ja”
Itu adalah ayat yang diucapkan oleh seorang pelajar ketika tiga orang pelajar yang berada di dalam lif tersebut keluar. Di sini kita dapati yang pelajar tersebut mengatakan pelajar yang keluar dari lif tersebut adalah tiga ketul dan bukannya tiga orang. Pelajar tersebut sepatutnya menggunakan penjodoh bilangan yang betul bagi manusia kerana penjodoh bilangan ketul itu lebih sesuai untuk merujuk kepada benda.
Rabu, 16/2/2011


Mana lebih  sesuai remaja atau perempuan.

            “ seorang perempuan berusia 15 tahun mencampakkan bayinya......”
Itu adalah antara petikan berita yang disampaikan oleh penyampai sebuah stesen radio. Pada ayat di atas kita dapati penyampai radio itu mengunakan kata ganti nama bagi remaja tersebut ialah perempuan. Kata perempuan itu dilihat agak keras dari segi kesantunan bahasanya dan tidak sesuai dengan usia bagi remaja tersebut. Sepatutnya beliau menggunakan perkataan “seorang  remaja perempuan berusia 15 tahun mencampakkan bayinya.....” di dalam ayat ini.  Penggunaan perkataan “ remaja” menjadikan ayat ini lebih lembut dan gramatis strukturnya. Kita perlulah menggunakan kata ganti nama yang sesuai dalam menyatakan sesuatu dan penggunaan  kata yang betul ini adalah penting supaya maklumat yang disampaikan itu jelas.

 

Khamis , 17/2/2011

Oitt. 
            “ oit, dah lama kau tunggu “
Tanpa kita sedari kita seringkali menggunakan perkataan tersebut. Perkataan tersebut seolah-olah telah sebati dengan kehidupan kita sebagai kata sapaan. Mengapa kita mesti menggunakan perkataan oit tersebut sebelum kita membicarakan ayat yang seterusnya. Penggunaan perkataan ini dilihat agak kurang sopan untuk di gunakan dalam perbualan seharian kita. Kita perlulah menggunakan kata yang lebih sopan dan baik kerana peggunaan kata yang sopan dan baik ini dapat membantu kita untuk membina sebuah perhubungan atau persahabatan yang baik dan akrab. Kita perlulah sedar mengenai perkara ini dan perlu bertindak dengan mengubahnya dengan segara.

Selasa 8 /2 / 2011

Memberi salam.
 
                        “ Assalamualaikum”
Assalamualaikum merupakan ungkapan yang sering di ucapkan oleh orang Melayu khususnya yang beragama Islam. Assalamualaikum merupakan pembuka bicara sebelum kita memulakan pertanyaan, perbualan dan sebagainya. Budaya memberi salam ini adalah satu perkara yang baik dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu kerana perbuatan memberikan salam ini menjadikan kita lebih beradab dan bersopan. Namun kini tidak ramai dalam kalangan kita yang mengamalkan sikap memberi salam ini khususnya golongan muda kerana mereka ini lebih terikut-ikut dengan gaya atau corak kehidupan barat dengan mengungkapkan perkataan seperti “ hai” dan sebagainya dalam perbualan seharian. Kita boleh mengikut mengikut corak sesuatu budaya itu tetapi janganlah sampai kita lupa akan budaya kita sendiri kerana terlalu mengagung-agungkan budaya orang lain sehingga menganak tirikan budaya kia sendiri. Hakikat inilah yang perlu kita sedari. Pembudayaan memberi salam ini perlu ada dalam diri individu itu khususnya mereka yang beragama Islam.
Rabu, 9 /2/ 2011

Ucapan terima kasih

“Terima kasih”
Perkataan yang cukup pendek dan ringkas untuk diucapkan.  Namun tidak semua orang yang mengungkapkan perkataan ini dalam kehidupan mereka. Kita perlu menyatakan penghargaan terima kasih ini kepada mereka yang telah membantu kita. Ucapan ini penting sebagai penghargaan terhadap pertolongan atau kerjasama yang diberikan dan menjadikan mereka lebih dihargai. Contohnya kita boleh memberikan ucapan terima kasih kepada pemandu bas terhadap khidmat yang diberikannya kerana tanpa mereka mungkin kita tidak sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Ucapan ini perlu diterapkan  dalam diri kita dan kita juga seharusnya membudayakannya.
Jumaat, 11 / 2 / 2011

Keewangan atau kewangan

            “.............. keewangan...........”
Perkataan inilah yang disebut oleh seorang penyampai radio bagi sebuah stesen radio tempatan. Kita sepatutnya peka terhadap penggunaan bahasa yang betul khususnya dari segi sebutan. Kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menungkapkan sesuatu sebutan itu kerana, kesalahan menyebut sesuatu perkataan itu boleh menyebabkan berlakunya kecelaruan terhadap sebutan yang sebetunya dan boleh merosakkan sesuatu bahasa itu. Perkataan di atas ini seharusnya si sebut dengan “ kewangan” dan bukanya “keewangan” kerana kata dasar bagi perkataan ini adalah wang yang menerima imbuhan apitan ke...an.  Kesimpulan yang boleh dilakukan disini ialah kita perlulah menyebut sesuatu perkataan itu dengan betul sebagai pengguna bahasa Melayu. Kita perlulah memertabatkan bahasa kita. Kita juga perlu peka terhadap masalah seperti ini agar tidak berulang lagi.
Ahad, 20/2/2011

Kata Sendi Nama 
“.......... di kalangan ahli bahasa”
Penggunaan kata sendi nama “di” tidak boleh digunakan bersama perkataan kalangan. Kata sendi nama “di”  ini perlu digantikan dengan kata “ dalam”. Ayat yang sebenarnya ialah “..........dalam kalangan ahli bahasa”. Penggunaan kata dalam adalah lebih tepat dari struktur ayatnya dan menjadikan ayat ini lebih gramatis. Tetapi  hakikat inilah yang dilakukan oleh seorang penceramah ketika beliau berdiskusi mengenai bahasa dalam sebuah seminar bahasa. Mungkin beliau tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan olehnya. Oleh yang demikian, kita hendaklah berhati-hati dan peka terhadap penggunaan bahasa supaya kita tidak melakukan sebarang kesilapan ketika kita berbahasa.

Isnin , 21/2/2011

Hello
“ Hello, selamat pagi,.................. boleh saya bantu”
Sekiranya kita membuat panggilan kepada sesebuah organisasni ini adalah antara ayat yang sering kali kita dengar. Jika kita lihat bahasa yang digunakan merupakan bahasa yang sopan. Penggunaan bahasa yang sopan ini mencerminkan personaliti seseorang atau sesebuah organisasi itu. Penggunaan bahasa yang sopan menjadikan kita lebih dihormati dan disegani. Kita perlulah menggunakan bahasa yang sopan dalam kehidupan seharian kita kerana bahasa yang sopan itu dapat mengeratkan hubungan sesama kita. Pada hari ini kita dapat lihat yang masyarakat kita agak kurang menggunakan bahasa yang sopan dalam kehidupan seharian khususnya golongan muda. Kebanyakan golongan muda pada hari ini banyak mengucapkan bahasa yang agak kasar dalam perbualan seharian terutamanya ketika berbicara dengan rakan-rakan. Masalah seperti ini seharusnya dielakkan dan kita perlulah mengucapkan kata yang sopan dan sedap didengar. Penggunaan bahasa yang sopan merupakan cerminan diri kita yang sebenarnya.

Selasa ,22/2/2011
Penjodoh bilangan
“Rumah awak berapa orang penduduk.”
Jika kita lihat pada ayat di atas kita dapati penjodoh bilangan  yang digunakannya tidak sesuai dengan ayat tersebut. Perkataan penduduk itu menunjukkan ramai dan lebih sesuai untuk merujuk bilangan penghuni bagi sesebuah kawasan seperti pekan, kampung, bandar, daerah dan negara. Ayat diatas lebih sesuai menggunakan kata bilangan penghuni kerana penghuni itu lebih sinonim bagi bilangan mereka yang tinggal di dalam sesebuah rumah. Kita perlu menggunakan kata atau penjodoh bilangan yang sesuai apabila kita ingin menyatakan sesuatu perkara. Penggunaan penjodoh bilangan yang betul menjadikan maklumat disampaikan itu dapat diterima oleh orang lain adalah tepat dan tidak berlaku salah faham.
Rabu, 23/2/2011

Gurauan 
Gurauan boleh menjadikan ikatan persahabatan yang terjalin menjadi semakin erat. Setiap hari dalam kehidupan kita pasti diselitkan dengan gurau senda oleh rakan-rakan. Gurauan ini menjadikan hidup kita lebih ceria.
            .......... kalau tak malu ambil la...........
Ini adalah antara contoh ayat gurauan yang mungkin kita pernah dengar dan pernah alami. Sekiranya kita tidak memahami ayat itu, kita mungkin menganggapnya sebagai sindiran tetapi sebaliknya ayat tersebut hanyalah gurauan dan tidak bermaksud untuk menyindir sesiapa.  Ayat ini lebih menjurus kepada maksud di mana penutur tidak kisah dan membenarkan pendengar untuk mengambil barang diinginkannya itu. Namun demikian, setiap gurauan yang dilakukan itu perlu ada batasannya supaya gurauan yang dilakukan itu tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Hal ini penting bagi mewujudkan sebuah hubungan yang baik di antara kita.
Isnin , 7/3/2011
    
Ok atau Baiklah???

Ketika satu sesi pembentangan dilakukan dalam kelas, aku sering kali terdengar yang kebanyakan pelajar yang membentangkan tajuk mereka banyak menggunakan perkataan ok. Contohnya, ayat seperti di bawah ini sering kali digunakan oleh pelajar:
                        Ok, seterusnya kita lihat..........”
Mengapa kita sering kali menggunakan perkataan Ok ini. Hal ini demikian kerana kita sudah terbiasa menggunakan perkataan tersebut tanpa kita sedari yang perkataan tersebut tidak sesuai untuk digunakan. Kita sepatutnya menggantikan perkataan Ok, seterusnya kita lihat..........” ini denganBaiklah, seterusnya kita lihat.......”. Kita perlu membiasakan diri kita untuk menggunakan perkataan baiklah kerana perkataan ini lebih sesuai untuk digunakan.
Selasa, 8/3/2011

Penggunaan "yup "
                       
                        Yup, aku baru ja sampai”
Kita mungkin seringkali menggunakan atau terdengar perkayaan “ yup”. Kita seringkali mudah terpengaruh dengan penyebaran atau kemunculan bahasa-bahasa baru. Kita seringkali menggunakan perkataan “yup” ini untuk mengantikan perkataan  “ya”.  Tetapi situasi inilah yang berlaku ketika aku sedang berbual dengan seorang dengan rakan aku di  Facebook.  Mengapa kita menggantikan perkataan “ya” ini dengan “yup”. Kita seharusnya membiasakan diri kita untuk menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan seharian kita. Kita perlulah memartabatkan bahasa kita. Sekiranya bukan kita yang memartabatkan bahasa kita siapa lagi.
Rabu, 9/3/2011

Kesalahan imbuhan.

Ketika menghampiri satu kawasan aku ternampak satu papan tanda yang bertulis merbahaya. Persoalannya disini ialah adakah perkataan tersebuta betul. Perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan ialah berbahaya untuk menggambarkan yang kawasan tersebut kurang selamat. Hal ini kerana dalam bahasa Melayu tidak terdapat imbuhan meR. Jadi perkataan merbahaya itu tidak sesuai untuk digunakan. Imbuahan me dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan me-, mem-, , menge-, meng-,  meN-per, meN, meN-kan dan tidak ada imbuhan meR seperti yang terdapat pada ayat merbahaya itu.

Selasa, 15/3/2011       

Dekat atau jauh                       

                        “Maklumbalas” dan “jangkamasa”
Ketika aku berada dirumah kawan aku, dia ada menceritakan yang ketika dia menemani seorang rakannya ke klinik dia ternampak memo yang menyatakan perkataan diatas. Dia berkata lagi bukankah maklumbalas dan jangkamasa itu merupakan kata majmuk yang belum mantap lagi penggunaannya. Oleh sebab itu, kata majmuk tersebut perlu dieja dengan terpisah. Apa yang diperkatakan oleh kawan aku itu betul kerana kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata majmuk yang tidak mantap penggunaanya jadi perlu dieja secara terpisah. Begitu juga dengan perkataan tanggungjawab. Tanggungjawab juga merupakan kata majmuk yang belum mantap penggunaannya jadi perlulah dieja secara terpisah

Khamis, 17 Mac 2011



 

Khamis , 17/3/2011

Maksud sama 

“Falsafat”
                                   “ Falsafah”

Apakah perbezaan maksud falsafat dengan falsafah. Jawapannya ialah tiada perbezaan makna pada kedua-dua perkataan ini tetapi hanya berbeza dari segi sebutan dan ejaannya sahaja. Hal ini kerana falsafat merupakan bahasa Indonesia manakala falsafah pula merupakan bahasa Melayu. Falsafat bermaksud falsafah.



Diskusi Ilmiah

Sabtu , 5 /3/ 2011

Pada hari sabtu yang lepas, aku telah menghadirkan diri dalam satu majlis diskusi bahasa iaitu Kelangsungan Tatabahasa Dewan dulu dan kini. Tatabahasa Dewan merupakan buku pegangan bagi para pandidik di sekolah khususnya guru Bahasa Melayu. Buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga merupakan edisi terbaru yang diterbitkan. Penerbitan edisi baharu buku Tatatbahasa Dewan ini adalah untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada buku Tatabahasa Dewan yang sedia ada sebelum ini. Banyak ilmu yang diperolehi hasil daripada mengikuti diskusi ilmiah ini. Antaranya ialah kata nama “ia” tidak boleh digunakan untuk merujuk manusia dan kata nama ini hanya boleh merujuk kepada benda yang bernyawa contohnya binatang.
Selain itu, diskusi ilmiah ini juga turut menyatakan mengenai beberapa persoalan kesempurnaan Bahasa Melayu yang diselesaikan oleh Tatabahasa Dewan. Antaranya ialah
        i.            Binaan ayat dalam bahasa Melayu
      ii.            Jumlah pola ayat dasar
    iii.            Golongan kata dalam bahasa Melayu
    iv.            Beberapa aspek morfologi, termasuk hukum morfofonem bagi pengimbuhan  dengan awalam meN- dan peN dan penentu bentuk-bentuk kata tertentu.
      v.            Penyelarasan istilah bagi konsep dan bentuk kata utama dalam tatabahasa bahasa Melayu
    vi.            Beberapa aspek ejaan yang menimbulkan kekeliruan antaranya:
·         Ejaan kata majmuk
·         Ejaan kata majmuk ganda dan berimbuhan
·         Ejaan kata pijaman.
Secara keseluruhannya, diskusi ilmiah ini banyak memberikan informasi baru. Banyak maklumat yang aku perolehi. Diskusi seperti ini perlu diadakan selalu supaya banyak maklumat mengenai bahasa dapat diperolehi khususnya bahasa Melayu kerana melalui diskusi seperti ini dapat membantu kita untuk memperbaiki penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu kita supaya kita dapat menguasai  dan menuturkan bahasa Melayu dengan baik.
 
 Kosa kata pinjaman



Jumaat, 4/3/2011

Ketika berada di dalam kelas aku terdengar seorang rakan aku sedang berbicar dengan seorang lagi rakan. Aku terdengar dia berkata “ kau install kat na benda tu”.  Jika kita lihat pada ayat tersebut kita dapati  yang perkataan install itu adalah perkataan dalam bahasa Inggeris. Disini kita dapati terdapatnya unsur pinjaman dalam ayat tersebut. Tidak semua perkataan dalam bahasa inggeris boleh diubah maksudnya kedalam bahasa Melayu dan terdapat sesetengah perkataan dalam bahasa Inggeris perlu dikekalkan ejaannya atau dilakukan sedikit perubahan tetapi tidak menjejaskan bunyi asal perkataan tersebut. Bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang anjal dimana bahasa Melayu boleh meneriman kehadiran kosa kata asing masuk ke dalamnya dan menjadikan kosa kata bahasa Melayu semakin bertambah.

Khamis , 3/3/2011


Kesalahan ejaan. 
 

                                                                       “sekelian”
Sekiranya diteliti dengan betul kita akan dapta mengesan kesalahan ejaan yang terdapat dalan teks diatas. Perkataan tersebut ialah “sekelian”.  Disini kita dapati yang perkataan ini dieja dengan dengan sekelian. Sepatutnya perkataan ini dieja dengan ka bukan ke iaitu sekalian. Ejaan yang sebetulnya ialah sekalian.

 
Rabu,  2/ 3/ 2011

al-Quran atau Al-Quran ???










Jika dilihat pada kedua-dua gambar diatas kita akan dapati yang terdapat satu perkataan yang dieja dengan menggunakan cara yang berlainan sedikita antara satu sama lain. Kedua-dua gambar diatas berasal daripada risalah yang sama namun cara ejaan yang digunakannya mempunyai kelainan sedikit. Disini kita dapat lihat yang perkataan al-Quran pada gambar diatas dieja dengan menggunakan huruf kecil manakal Al-Quran pula dieja pada gambar dibawah. Persoalannya kini ejaan yang manakah betul. Penggunaan ejaan yang betul ini akan menimnbulkan kekeliruan kepada orang ramai mengenai cara mengeja perkataan Al-Quran yang betul sama ada dieja seperti al-Quran ini atau Al-Quran ini. Bagi mereka yang membuat risalah ini mereka seharusnya peka akan masalah ini dan mereka perlu berhati-hati ketika mengarang sesuatu perkataan itu.
Selasa 1/ 3/ 2011

Jemputan





Brosur diatas ialah mengenai penemtasan drama kursus Drama dan Amali Seni Lakon. Brosur ni kawan aku bagi masa dalam kelas. Dalam brosur ini ada satu ayat yang dianggap tidak sesuai untuk digunakan bagi menjemput orang ramai bagi menyaksikan pementasan drama tersebut iaitu “ kemasukan adalah percuma”. Sepatutnya ayat yang digunakan ialah “ masuk adalah percuma”. Ayat ini adalah lebih sesuai dengan konteks ayat tersebut dan kata kemasukan dilihat tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat diatas dan menjadikan ayat tersebut tidak gramatis

Khamis , 24/2/2011

Dialek
                                   “Sekadar nok nnamboh pengetahue saing semuo”
Dialek diatas merupakan dialek Kelantan yang bermaksud “Sekadar untuk menambahkan pengatahuan rakan-rakan”.Malaysia mempunyai 14 buah negari dan setiap negeri menghasilkan pelbagai dialek yang berbeza. Hal ini membuktikan yang kita kaya dengan bahasa khususnya dialek. Kepelbagaian dialek yang kita miliki menjadikan kita unik kerana masyarakat kita mempunyai dialeknya yang tersendiri dimana mereka mampu untuk berkomunikasi dengan menggunakan dialek mereka dalam kehidupan seharian. Masyarakat kita juga mampu untuk berbahasa baku dengan baik biarpun penggunaan dialek itu masih kuat. Kita kebiasaannya akan menggunakan bahasa dialek masing-masing ketika berkomunikasi dengan mereka yang berasal dari kawasan atau negeri yang sama. Sebaliknya kita akan menggunakan bahasa baku sekiranya kita perlu berkomunikasi dengan mereka bukan berasal dari negeri yang sama. Kepelbagaian dialek ini membolehkan kita untuk mempelajari dan menguasai pelbagai dialek orang lain. Sekiranya kita mampu untuk menguasai banyak dialek, ini dapat membantu kita untuk berkomunikasi dengan mudah dalah sesebuah dialek itu dan kita tidak mengalami sebarang kesukaran untuk memahami maksud sesuatu dialek itu.

Jumaat , 18/2/ 2011

Gurauan
            “ hahaha, kalau tak  malu ambil la”
Ketika bersama-sama dengan rakan-rakan kita mungkin sudah terbiasa mendengar dan mengalami situasi sebegini. Bagi mereka yang rapat ayat yang di ucapkan seperti diatas tidak membawa sebarang maksud kecuali hanyalah gurauan semata-mata yang berlaku antara rakan-rakan. Bagi mereka yang begitu akrab ayat ini bukan bermaksud sindiran tetapi lebih kepada gurauan semata-mata. Namun begitu, ayat ini tidak sesuai untuk di ucapkan kepada mereka yang baru kita kenali kerana ayat ini agak kurang manis untuk di tutur dan didengar kerana mungkin boleh menimbulkan ketidak selesaan dan juga boleh menyinggung perasaan orang lain. Kita perlulah bijak dalam berbicara dengan sesiapa sahaja kerana tidak semua orang dapat menerimanya. Kita juga perlu bijak dalam memilih kata bergantung kepada individu dan situasi yang kita hadapi.

 Sabtu , 12 / 2/ 2011

Singkatan

“...........subjek yang kita ambil sem ni..........”

Jika diteliti pada ayat diatas kita akan dapati yang terdapat penggunaan singkatan perkataan. Kebanyakan di antara kita yang gemar menggunakan singkatan perkataan baik dalam penulisan mahupun pertuturan. Perkara ini mungkin dianggap biasa dalam masyarakat kita, namun adakah kita sedar yang kita telah mencacatkan bahasa kita sendiri secara tidak sengaja dengan melakukan singkatan perkataan tersebut.  Kita perlulah menyedari akan hakikat ini sekiranya kita cinta akan bahasa kita dan ingin memarabatkan bahasa kita.