Isnin, 21 Mac 2011

Isnin 24/ 1/ 2011

Bahasa kasar 

" Bodoh betul la yang tu pun tak tau ke?
Ayat yang diucapkan oleh penutur ini adalah kurang sopan kerana pemilihan penggunaan bahasa atau perkataan yang boleh dianggap kesat. Penggunaan kata yang kurang sopan ini boleh menimbulkan rasa kurang enak bagi mereka yang mendengarnya dan perkataan atau bahasa yang kesat ini apabila digunakan boleh menyinggung perasaan orang yang dimaksudkan oleh penutur tersebut. Kita seharusnya perlu menjaga setiap percakapan yang dituturkan oleh kita bagi mengelakkan kita menyakiti hati orang lain sama ada kita sedari atau tidak. Kita juga perlu sensitif terhadap perasaan orang lain kerana setiap individu adalah berbeza sikapnya dan juga penerimaannnya terhadap sesuatu perkata. Oleh yang demikian, kita perlulah memilih perkataan yang sopan semasa ingin menuturkannya dan kita perlulah menjaga perasaan mereka yang berada di sekeliling kita.
25/ 1/ 2011 Selasa

Teguran
 " Hello, abang yang kat belakang sana tu ''. Dialog ini diungkapkan ketika satu sesi pembentangan yang dijalankan didalam kelas. Berdasarkan   dialog ini kita dapati yang si penutur itu cuba untuk meminta para pelajar lelaki yang tidak memberikan perhatian ketika sesi pembentangan yang dilakukan oleh pengucap dialog ini. Ayat yang digunakan oleh pengucap atau pelajar ini untuk menegur sikap pelajar yang kurang memberikan perhatian ketika sesi pembentangan dilakukan ini agak kurang sopan bahasanya.Pelajar ini sepatutnya menegur pelajar lain dengan menggunakan kata yang lebih lembut bunyinya tetapi dapat memberikan kesan kepada pelajar yang kurang memberikan perhatian. Sekiranya kita ingin menegur seseorang kita seharusnya menggunakan perkataan atau ayat yang halus bahasanya agar tidak menyentuh perasaan orang lain agar mereka tidak mereasa yang diri mereka itu sedang dimalukan.
26/1/2011 Rabu


Ejaan lama

Bilek sembahyang
 Ketika saya dan rakan-rakan saya berada di suatu tempat saya ternampak satu papan tandan yang tertulis perkataan " bilek sembahyang". Jika kita lihat ejaan pada papan tanda ini kita dapati sistem ejaan yang digunakan ini merupakan sistem ejaan Melayu lama bukannya sistem ejaan bahasa baku yang standard. Papan tanda ini sepatutnya dieja dengan sistem ejaan baru sekarang iaitu seperti " bilik sembahyang". Situasi ini memeperlihatkan yang pihak pengurusan bagi tempat ini kurang peka terhadap penggunaan sistem bahasa yang betul. Situasi ini tidak seharusnya berlaku kerana ini mungkin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai sistem ejaan yang digunakan dan menyebabkan mereka berfikir sama ada sistem ejaan yang digunakan itu merupakan sistem ejaan yang baru atau lama. Kekeliruan ini biasanya berlaku di kalangan pelajar. Pihak pengurusan tempat tersebut seharusnya bersikap peka terhadap masalah ini dan mereka seharusnya menukar sistem ejaan ini dengan segera untuk memastikan masalah ini daripada berterusan.
27/1/2011 Khamis

Hukum D-M

                         ''makan sudah".


Jika kita lihat pada ayat ini, ayat ini merupakan dialek Sabah. Jika kita perhatikan ayat ini kita dapati yang ayat ini menyalahi kuhum D-M iaitu diterangkan dan menerangkan. Ayat ini sepatutnya diucapkan dengan mematuhi hukum D-M iaitu sudah makan. Kita seharusnya menuturkan bahasa yang diujarkan oleh kita dengan menggunakan bahasa yang betul kerana bahasa yang digunakan ini melambangkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memartabatkan bahasa kebangsaan kita dan kita seharusnya kita menggunakan bahasa kita itu dengan sebaik mungkin dan mematuhi hukum-hukum bahasa yang telah ditetapkan.
28/1/2011 Jumaat

Dekat atau jauh.

Ketika saya berada di kolej kediaman saya ternampak satu notis yang bertulis"............. di bawah........."
Perkataan "di bawah'' ini sepatutnya dieja secara dekat dan bukannya terpisah, perkataan ini seharusnya dieja dengan "dibawah".  Mereka yang bertanggungjawab menulis memo atau notis ini perlulah peka terhadap penggunaan bahasa. Kita seharusnya menyemak semula setiap ayat yang ditulis atau ditaip bagi memastikan yang kita tidak melakukan sebarang kesalahan penggunaan bahasa.Kita perlulah peka terhadap bahasa bagi mengelakkan kita daripada merosakkan bahasa tersebut.
30/1/2011 Ahad

 Perbandingan melampau

" Ikan Bilis besar penyepak"

Ketika saya dan rakan saya berada di kedai makan saya terdengar seorang pelanggan berkata kepada rakannya " ikan bilis besar penyepak". Jika kita lihat pada ayat yang dituturkan oleh individu ini kita dapati ayat ini tidak gramatis.  Penggunaan perkataan atau ayat " ikan bilis besar penyepak " ini dilihat tidak sesuai dengan konteks ayat ini. Di sini kita boleh lihat yang individu tersebut cuba untuk menggambarkan tentang betapa besarnya saiz ikan tersebut berbanding dengan saiznya yang normal.

31/1/2011 Isnin

Penjodoh bilangan

Saya terdengar perbualan seorang pelajar yang sedang berbual dengan rakannya. Pelajar tersebut menuturkan ayat " dalam banyak-banyak sekolah seekor ja yang buka". Pada ayat perbualan ini kita dapati yang pelajar tersebut menggunakan perkataan seekor bagi penjodoh bilangan bagi sekolah. Penjodoh bilangan bagi sekolah yang sepatutnya ialah sebuah dan bukan seekor seperti yang dituturkan oleh pelajar tersebut. Kita seharusnya tahu akan perkara ini dan kita tidak sepatutnya melakukan kesalahan seperti ini kerana kita merupakan seorang bakal guru yang bakal mendidik anak bangsa. Sekiranya kita ingin mendidik seseorang itu untuk berbahasa dengan betul, kita terlebih dahulu perlulah berbahasa dengan betul. Hal ini penting supaya kita dapat memberikan contoh teladan yang baik terhadap peggunaan bahasa. Kita perlulah peka terhadap masalah seperti ini supaya kita tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang.