Jumaat, 28 Januari 2011

sabtu 22/1/2011

mata letak kat mana? dekat lutut? disini kita dapat lihat berlakunya penggunaan bahasa kesat. penggunaan bahasa kesat dalam kehidupan seharian adalah tidak elok kerana kita ianya mungkin akan dicontohi oleh kanak-kanak. penggunaan bahasa kesat ini tidak sesuai dalam kalangan masyarakat kita khususnya orang melayu kerana kita kaya dengan budi bahasa dan sopan-santunnya. ini tidak mencerminkan diri kita yang sebenar dan perbuatan ini dilihat seolah-olah merendahkan martabat kita.

jumaat 21/1/2011

hari ini saya baru sahaja mendapat khidmat pesanan ringkas daripada sebuah syarikat komunikasi dimana pesanan tersebut berbunyi sembang dengan rakan anda di semester baru ini dengan panggilan - panggilan dan sms percuma. saya dapati terdapat perkataan-perkataan didalam ayat ini diringkaskan. keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka sepatutnya menggunakan bahasa yang formal, iaitu menghantar pesanan ringkas yang ditaip penuh ejaanya bagi mengelakkan kekeliruan kepada pelanggan terhadap maklumat yang diterima itu.

kahmis 20/1/2011

"makanan kat kafe tak best la. tak ada mood aku nak makan. jom pergi tempat lain. Terdapat percampuran kot atau percampuran bahasa antara bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Ini dilihat sebagai salah satu daripada pencemaran bahasa.

Selasa - 18/1/2011

Ketika saya bersama rakan saya berada di sebuah kedai runcit, saya terdengar perbualan tiga orang rakan diman salah seorang daripada mereka berkata aku pinjam 3 biji buku. Disini kita dapat lihat yang pelajar tersebut telah salah dalam memilih penggunaan penjodoh bilangan bagi buku yang sepatutnya buah dan buku. Ini menunjukkan yang dia kurang peka terhadap bahasa.
Hari ini ada satu sesi pembentangan kumpulan bagi satu kursus dujalankan. Ketika sesi memperkenalkan ahli kumpulan, ketua kumpulan tersebut berkata kumpulan ahli kami terdiri daripada. hal ini menunjukkan beliau tidak peka terhadap penggunaan bahasa dengan betul. pelajar tersebyt telah melakukan kesalahan bahasa dari hukum D-M. Beliau sepatutnya menjelaskan ahli kumpulan kami terdiri daripada dan bukannya kumpulan ahli. ini menunjukkan yang kita perlu berhati-hati ketika berbahasa

Isnin, 10 Januari 2011

Kehidupan

Perjalanan hidup ini penuh dengan liku-liku. Kita perlu bijak dalam menentukan dan mencorakkan perjalanan kehidupan tersebut