Isnin, 21 Mac 2011

1/2/2011 Selasa.

Akronim

Ketika tibanya musim cuti banyak poster-poster yang ditampal di merata-rata tempat yang bertujuan untuk mengiklankan perkhidmatan bas yang ditawarkan kepada pelajar untuk pulang ke kampung.  Kebanyakan perkhidmatan bas untuk pulang bercuti ini sama ada cuti semester mahupun cuti raya banyak disediakan untuk pelajar Pantai Timur. Bagaimanapun sekiranya kita lihat terdapat banyak kesalahan bahasa yang dilakukan terhada poster yang ditampal itu antaranya ialah seperti perkataan ini "UPC-TGANU-UPC".  Jika kita lihat pada ayat ini kita dapati yang terdapat kesalahan pada akronim perkataan tersebut disamping terdapat penggunaan singkatan bagi perkataan. Perkataan ini sepatutnya ditulis dengan betul seperti berikut " UPSI-TERNGGANU-UPSI". Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana situasi ini dilihat seolah-oleh merosakkan bahasa. Kita perlulah mengelakkan daripada mengulangi kesilapan yang tidak sepatutnya ini.
2/2/2011 Rabu

 Kesantunan berbahasa
'' Memang la  kat sana cuti, tapi kat sini tak cuti la bongok". Ayat ini memperlihatkan penggunaan bahasa yang agak keras. Kita seharusnya menggunakan kata yang lebih lembut dan sopan ketika kita berkomunikasi dengan orang lain. Pemilihan kata yang sopan ini mencerminkan sikap dan keperibadian kita yang sebenar. Penggunaan bahasa yang kesat mungkin akan menyebabkan orang lain terasa hati dengan sikap kita. Bagi sesetengah orang perkara ini mungkin dianggap biasa namun bagi sebahagiannya pula menganggap sebagai kurang sopan. Kita seharusnya bijak dalam memilih perkataan sebelum kita menuturkan sebarang ujaran kita. Sikap seperti ini perlu dielakkan dan perbuatan seperti ini adalah tidak manis untuk dilakukan.

3/2/2 011 Khamis


Unsur lewah

Ketika berada dalam Bas saya terdengar seorang pelajar mengungkapkan kata" raya Cina ni best banyak filem yang seronok. Banyak cerita lawak komedi". Jika di lihat pada ayat yang dituturkan oleh pelajar ini pelajar ini menggunakan percampuran kod dalam bahasa pengucapannya. Selain itu, bahasa yang di ucapkan oleh pelajar ini juga mengandungi unsur lewah dimana dia meggunakan perkataan lawak dan komedi. Kedua-dua perkataan ini mengandungi maksud yang sama iaitu jenaka.  Situasi ini memeperlihatkan yang pelajar ini tidak peka terhada peggunaan bahasa itu. Kita sebagai pelajar khususnya bakal guru seharusnya peka terhadap setiap bahasa yang di ungkapkan oleh kita kerana setiap perkataan yang diungkapkan oleh kita ini melambangkan personaliti kita sebenarnya dan perkara ini mungkin menimbulkan keraguan orang ramai dengan penggunaan bahasa kita yang tidak betul.
Isnin , 14 / 2/ 2011

Sorry
                        “ sorry, tak sengaja”
Kita  mungkin sudah biasa mengdengar mendengar ayat tersebut. Namun  tidak semua orang biasanya yang mampu untuk mengucapkan maaf itu. Kata maaf itu terlalu mahal harganya bagi sesetengah individu. Kita perlulah meminta maaf sekiranya kita ada melakukan sebarang kesalahan kerana perbuatan meminta maaf itu adalah satu perbuatan yang baik, dan  kita menyedari akan kesilapan yang kita telah lakukan di samping dapat menjaga hubungan baik sesama kita. Namun demikian, adakah kita sedar yang masyarakat kita pada hari ini lebih gemar mengungkapkan perkataan maaf itu dengan menggantikannya dengan perkataan sorry. Kita seolah-oleh sukar sekali untuk meminta maaf itu dengan kata “ maaf” tetapi sebaliknya kita lebih suka menggunakan perkataan “ sorry” ini. Masalah ini sering kali berlaku dalam masyarakat kita. Tidak salah sekiranya kita ingin menggunakan perkataan “ sorry” itu tetapi adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan perkataan “ maaf “ itu dalam kehidupan seharian itu kerana perkataan “maaf” itu lebih menunjukkan kesopanannya.

 
Selasa , 15/2/201

Penjodoh bilangan

                        “ ala tiga ketul ja”
Itu adalah ayat yang diucapkan oleh seorang pelajar ketika tiga orang pelajar yang berada di dalam lif tersebut keluar. Di sini kita dapati yang pelajar tersebut mengatakan pelajar yang keluar dari lif tersebut adalah tiga ketul dan bukannya tiga orang. Pelajar tersebut sepatutnya menggunakan penjodoh bilangan yang betul bagi manusia kerana penjodoh bilangan ketul itu lebih sesuai untuk merujuk kepada benda.
Rabu, 16/2/2011


Mana lebih  sesuai remaja atau perempuan.

            “ seorang perempuan berusia 15 tahun mencampakkan bayinya......”
Itu adalah antara petikan berita yang disampaikan oleh penyampai sebuah stesen radio. Pada ayat di atas kita dapati penyampai radio itu mengunakan kata ganti nama bagi remaja tersebut ialah perempuan. Kata perempuan itu dilihat agak keras dari segi kesantunan bahasanya dan tidak sesuai dengan usia bagi remaja tersebut. Sepatutnya beliau menggunakan perkataan “seorang  remaja perempuan berusia 15 tahun mencampakkan bayinya.....” di dalam ayat ini.  Penggunaan perkataan “ remaja” menjadikan ayat ini lebih lembut dan gramatis strukturnya. Kita perlulah menggunakan kata ganti nama yang sesuai dalam menyatakan sesuatu dan penggunaan  kata yang betul ini adalah penting supaya maklumat yang disampaikan itu jelas.

 

Khamis , 17/2/2011

Oitt. 
            “ oit, dah lama kau tunggu “
Tanpa kita sedari kita seringkali menggunakan perkataan tersebut. Perkataan tersebut seolah-olah telah sebati dengan kehidupan kita sebagai kata sapaan. Mengapa kita mesti menggunakan perkataan oit tersebut sebelum kita membicarakan ayat yang seterusnya. Penggunaan perkataan ini dilihat agak kurang sopan untuk di gunakan dalam perbualan seharian kita. Kita perlulah menggunakan kata yang lebih sopan dan baik kerana peggunaan kata yang sopan dan baik ini dapat membantu kita untuk membina sebuah perhubungan atau persahabatan yang baik dan akrab. Kita perlulah sedar mengenai perkara ini dan perlu bertindak dengan mengubahnya dengan segara.