Isnin, 21 Mac 2011

Isnin 24/ 1/ 2011

Bahasa kasar 

" Bodoh betul la yang tu pun tak tau ke?
Ayat yang diucapkan oleh penutur ini adalah kurang sopan kerana pemilihan penggunaan bahasa atau perkataan yang boleh dianggap kesat. Penggunaan kata yang kurang sopan ini boleh menimbulkan rasa kurang enak bagi mereka yang mendengarnya dan perkataan atau bahasa yang kesat ini apabila digunakan boleh menyinggung perasaan orang yang dimaksudkan oleh penutur tersebut. Kita seharusnya perlu menjaga setiap percakapan yang dituturkan oleh kita bagi mengelakkan kita menyakiti hati orang lain sama ada kita sedari atau tidak. Kita juga perlu sensitif terhadap perasaan orang lain kerana setiap individu adalah berbeza sikapnya dan juga penerimaannnya terhadap sesuatu perkata. Oleh yang demikian, kita perlulah memilih perkataan yang sopan semasa ingin menuturkannya dan kita perlulah menjaga perasaan mereka yang berada di sekeliling kita.
25/ 1/ 2011 Selasa

Teguran
 " Hello, abang yang kat belakang sana tu ''. Dialog ini diungkapkan ketika satu sesi pembentangan yang dijalankan didalam kelas. Berdasarkan   dialog ini kita dapati yang si penutur itu cuba untuk meminta para pelajar lelaki yang tidak memberikan perhatian ketika sesi pembentangan yang dilakukan oleh pengucap dialog ini. Ayat yang digunakan oleh pengucap atau pelajar ini untuk menegur sikap pelajar yang kurang memberikan perhatian ketika sesi pembentangan dilakukan ini agak kurang sopan bahasanya.Pelajar ini sepatutnya menegur pelajar lain dengan menggunakan kata yang lebih lembut bunyinya tetapi dapat memberikan kesan kepada pelajar yang kurang memberikan perhatian. Sekiranya kita ingin menegur seseorang kita seharusnya menggunakan perkataan atau ayat yang halus bahasanya agar tidak menyentuh perasaan orang lain agar mereka tidak mereasa yang diri mereka itu sedang dimalukan.
26/1/2011 Rabu


Ejaan lama

Bilek sembahyang
 Ketika saya dan rakan-rakan saya berada di suatu tempat saya ternampak satu papan tandan yang tertulis perkataan " bilek sembahyang". Jika kita lihat ejaan pada papan tanda ini kita dapati sistem ejaan yang digunakan ini merupakan sistem ejaan Melayu lama bukannya sistem ejaan bahasa baku yang standard. Papan tanda ini sepatutnya dieja dengan sistem ejaan baru sekarang iaitu seperti " bilik sembahyang". Situasi ini memeperlihatkan yang pihak pengurusan bagi tempat ini kurang peka terhadap penggunaan sistem bahasa yang betul. Situasi ini tidak seharusnya berlaku kerana ini mungkin menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai sistem ejaan yang digunakan dan menyebabkan mereka berfikir sama ada sistem ejaan yang digunakan itu merupakan sistem ejaan yang baru atau lama. Kekeliruan ini biasanya berlaku di kalangan pelajar. Pihak pengurusan tempat tersebut seharusnya bersikap peka terhadap masalah ini dan mereka seharusnya menukar sistem ejaan ini dengan segera untuk memastikan masalah ini daripada berterusan.
27/1/2011 Khamis

Hukum D-M

                         ''makan sudah".


Jika kita lihat pada ayat ini, ayat ini merupakan dialek Sabah. Jika kita perhatikan ayat ini kita dapati yang ayat ini menyalahi kuhum D-M iaitu diterangkan dan menerangkan. Ayat ini sepatutnya diucapkan dengan mematuhi hukum D-M iaitu sudah makan. Kita seharusnya menuturkan bahasa yang diujarkan oleh kita dengan menggunakan bahasa yang betul kerana bahasa yang digunakan ini melambangkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memartabatkan bahasa kebangsaan kita dan kita seharusnya kita menggunakan bahasa kita itu dengan sebaik mungkin dan mematuhi hukum-hukum bahasa yang telah ditetapkan.
28/1/2011 Jumaat

Dekat atau jauh.

Ketika saya berada di kolej kediaman saya ternampak satu notis yang bertulis"............. di bawah........."
Perkataan "di bawah'' ini sepatutnya dieja secara dekat dan bukannya terpisah, perkataan ini seharusnya dieja dengan "dibawah".  Mereka yang bertanggungjawab menulis memo atau notis ini perlulah peka terhadap penggunaan bahasa. Kita seharusnya menyemak semula setiap ayat yang ditulis atau ditaip bagi memastikan yang kita tidak melakukan sebarang kesalahan penggunaan bahasa.Kita perlulah peka terhadap bahasa bagi mengelakkan kita daripada merosakkan bahasa tersebut.
30/1/2011 Ahad

 Perbandingan melampau

" Ikan Bilis besar penyepak"

Ketika saya dan rakan saya berada di kedai makan saya terdengar seorang pelanggan berkata kepada rakannya " ikan bilis besar penyepak". Jika kita lihat pada ayat yang dituturkan oleh individu ini kita dapati ayat ini tidak gramatis.  Penggunaan perkataan atau ayat " ikan bilis besar penyepak " ini dilihat tidak sesuai dengan konteks ayat ini. Di sini kita boleh lihat yang individu tersebut cuba untuk menggambarkan tentang betapa besarnya saiz ikan tersebut berbanding dengan saiznya yang normal.

31/1/2011 Isnin

Penjodoh bilangan

Saya terdengar perbualan seorang pelajar yang sedang berbual dengan rakannya. Pelajar tersebut menuturkan ayat " dalam banyak-banyak sekolah seekor ja yang buka". Pada ayat perbualan ini kita dapati yang pelajar tersebut menggunakan perkataan seekor bagi penjodoh bilangan bagi sekolah. Penjodoh bilangan bagi sekolah yang sepatutnya ialah sebuah dan bukan seekor seperti yang dituturkan oleh pelajar tersebut. Kita seharusnya tahu akan perkara ini dan kita tidak sepatutnya melakukan kesalahan seperti ini kerana kita merupakan seorang bakal guru yang bakal mendidik anak bangsa. Sekiranya kita ingin mendidik seseorang itu untuk berbahasa dengan betul, kita terlebih dahulu perlulah berbahasa dengan betul. Hal ini penting supaya kita dapat memberikan contoh teladan yang baik terhadap peggunaan bahasa. Kita perlulah peka terhadap masalah seperti ini supaya kita tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang.
1/2/2011 Selasa.

Akronim

Ketika tibanya musim cuti banyak poster-poster yang ditampal di merata-rata tempat yang bertujuan untuk mengiklankan perkhidmatan bas yang ditawarkan kepada pelajar untuk pulang ke kampung.  Kebanyakan perkhidmatan bas untuk pulang bercuti ini sama ada cuti semester mahupun cuti raya banyak disediakan untuk pelajar Pantai Timur. Bagaimanapun sekiranya kita lihat terdapat banyak kesalahan bahasa yang dilakukan terhada poster yang ditampal itu antaranya ialah seperti perkataan ini "UPC-TGANU-UPC".  Jika kita lihat pada ayat ini kita dapati yang terdapat kesalahan pada akronim perkataan tersebut disamping terdapat penggunaan singkatan bagi perkataan. Perkataan ini sepatutnya ditulis dengan betul seperti berikut " UPSI-TERNGGANU-UPSI". Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana situasi ini dilihat seolah-oleh merosakkan bahasa. Kita perlulah mengelakkan daripada mengulangi kesilapan yang tidak sepatutnya ini.
2/2/2011 Rabu

 Kesantunan berbahasa
'' Memang la  kat sana cuti, tapi kat sini tak cuti la bongok". Ayat ini memperlihatkan penggunaan bahasa yang agak keras. Kita seharusnya menggunakan kata yang lebih lembut dan sopan ketika kita berkomunikasi dengan orang lain. Pemilihan kata yang sopan ini mencerminkan sikap dan keperibadian kita yang sebenar. Penggunaan bahasa yang kesat mungkin akan menyebabkan orang lain terasa hati dengan sikap kita. Bagi sesetengah orang perkara ini mungkin dianggap biasa namun bagi sebahagiannya pula menganggap sebagai kurang sopan. Kita seharusnya bijak dalam memilih perkataan sebelum kita menuturkan sebarang ujaran kita. Sikap seperti ini perlu dielakkan dan perbuatan seperti ini adalah tidak manis untuk dilakukan.

3/2/2 011 Khamis


Unsur lewah

Ketika berada dalam Bas saya terdengar seorang pelajar mengungkapkan kata" raya Cina ni best banyak filem yang seronok. Banyak cerita lawak komedi". Jika di lihat pada ayat yang dituturkan oleh pelajar ini pelajar ini menggunakan percampuran kod dalam bahasa pengucapannya. Selain itu, bahasa yang di ucapkan oleh pelajar ini juga mengandungi unsur lewah dimana dia meggunakan perkataan lawak dan komedi. Kedua-dua perkataan ini mengandungi maksud yang sama iaitu jenaka.  Situasi ini memeperlihatkan yang pelajar ini tidak peka terhada peggunaan bahasa itu. Kita sebagai pelajar khususnya bakal guru seharusnya peka terhadap setiap bahasa yang di ungkapkan oleh kita kerana setiap perkataan yang diungkapkan oleh kita ini melambangkan personaliti kita sebenarnya dan perkara ini mungkin menimbulkan keraguan orang ramai dengan penggunaan bahasa kita yang tidak betul.
Isnin , 14 / 2/ 2011

Sorry
                        “ sorry, tak sengaja”
Kita  mungkin sudah biasa mengdengar mendengar ayat tersebut. Namun  tidak semua orang biasanya yang mampu untuk mengucapkan maaf itu. Kata maaf itu terlalu mahal harganya bagi sesetengah individu. Kita perlulah meminta maaf sekiranya kita ada melakukan sebarang kesalahan kerana perbuatan meminta maaf itu adalah satu perbuatan yang baik, dan  kita menyedari akan kesilapan yang kita telah lakukan di samping dapat menjaga hubungan baik sesama kita. Namun demikian, adakah kita sedar yang masyarakat kita pada hari ini lebih gemar mengungkapkan perkataan maaf itu dengan menggantikannya dengan perkataan sorry. Kita seolah-oleh sukar sekali untuk meminta maaf itu dengan kata “ maaf” tetapi sebaliknya kita lebih suka menggunakan perkataan “ sorry” ini. Masalah ini sering kali berlaku dalam masyarakat kita. Tidak salah sekiranya kita ingin menggunakan perkataan “ sorry” itu tetapi adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan perkataan “ maaf “ itu dalam kehidupan seharian itu kerana perkataan “maaf” itu lebih menunjukkan kesopanannya.

 
Selasa , 15/2/201

Penjodoh bilangan

                        “ ala tiga ketul ja”
Itu adalah ayat yang diucapkan oleh seorang pelajar ketika tiga orang pelajar yang berada di dalam lif tersebut keluar. Di sini kita dapati yang pelajar tersebut mengatakan pelajar yang keluar dari lif tersebut adalah tiga ketul dan bukannya tiga orang. Pelajar tersebut sepatutnya menggunakan penjodoh bilangan yang betul bagi manusia kerana penjodoh bilangan ketul itu lebih sesuai untuk merujuk kepada benda.
Rabu, 16/2/2011


Mana lebih  sesuai remaja atau perempuan.

            “ seorang perempuan berusia 15 tahun mencampakkan bayinya......”
Itu adalah antara petikan berita yang disampaikan oleh penyampai sebuah stesen radio. Pada ayat di atas kita dapati penyampai radio itu mengunakan kata ganti nama bagi remaja tersebut ialah perempuan. Kata perempuan itu dilihat agak keras dari segi kesantunan bahasanya dan tidak sesuai dengan usia bagi remaja tersebut. Sepatutnya beliau menggunakan perkataan “seorang  remaja perempuan berusia 15 tahun mencampakkan bayinya.....” di dalam ayat ini.  Penggunaan perkataan “ remaja” menjadikan ayat ini lebih lembut dan gramatis strukturnya. Kita perlulah menggunakan kata ganti nama yang sesuai dalam menyatakan sesuatu dan penggunaan  kata yang betul ini adalah penting supaya maklumat yang disampaikan itu jelas.

 

Khamis , 17/2/2011

Oitt. 
            “ oit, dah lama kau tunggu “
Tanpa kita sedari kita seringkali menggunakan perkataan tersebut. Perkataan tersebut seolah-olah telah sebati dengan kehidupan kita sebagai kata sapaan. Mengapa kita mesti menggunakan perkataan oit tersebut sebelum kita membicarakan ayat yang seterusnya. Penggunaan perkataan ini dilihat agak kurang sopan untuk di gunakan dalam perbualan seharian kita. Kita perlulah menggunakan kata yang lebih sopan dan baik kerana peggunaan kata yang sopan dan baik ini dapat membantu kita untuk membina sebuah perhubungan atau persahabatan yang baik dan akrab. Kita perlulah sedar mengenai perkara ini dan perlu bertindak dengan mengubahnya dengan segara.

Selasa 8 /2 / 2011

Memberi salam.
 
                        “ Assalamualaikum”
Assalamualaikum merupakan ungkapan yang sering di ucapkan oleh orang Melayu khususnya yang beragama Islam. Assalamualaikum merupakan pembuka bicara sebelum kita memulakan pertanyaan, perbualan dan sebagainya. Budaya memberi salam ini adalah satu perkara yang baik dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu kerana perbuatan memberikan salam ini menjadikan kita lebih beradab dan bersopan. Namun kini tidak ramai dalam kalangan kita yang mengamalkan sikap memberi salam ini khususnya golongan muda kerana mereka ini lebih terikut-ikut dengan gaya atau corak kehidupan barat dengan mengungkapkan perkataan seperti “ hai” dan sebagainya dalam perbualan seharian. Kita boleh mengikut mengikut corak sesuatu budaya itu tetapi janganlah sampai kita lupa akan budaya kita sendiri kerana terlalu mengagung-agungkan budaya orang lain sehingga menganak tirikan budaya kia sendiri. Hakikat inilah yang perlu kita sedari. Pembudayaan memberi salam ini perlu ada dalam diri individu itu khususnya mereka yang beragama Islam.
Rabu, 9 /2/ 2011

Ucapan terima kasih

“Terima kasih”
Perkataan yang cukup pendek dan ringkas untuk diucapkan.  Namun tidak semua orang yang mengungkapkan perkataan ini dalam kehidupan mereka. Kita perlu menyatakan penghargaan terima kasih ini kepada mereka yang telah membantu kita. Ucapan ini penting sebagai penghargaan terhadap pertolongan atau kerjasama yang diberikan dan menjadikan mereka lebih dihargai. Contohnya kita boleh memberikan ucapan terima kasih kepada pemandu bas terhadap khidmat yang diberikannya kerana tanpa mereka mungkin kita tidak sampai ke destinasi yang ingin kita tuju. Ucapan ini perlu diterapkan  dalam diri kita dan kita juga seharusnya membudayakannya.
Jumaat, 11 / 2 / 2011

Keewangan atau kewangan

            “.............. keewangan...........”
Perkataan inilah yang disebut oleh seorang penyampai radio bagi sebuah stesen radio tempatan. Kita sepatutnya peka terhadap penggunaan bahasa yang betul khususnya dari segi sebutan. Kita tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menungkapkan sesuatu sebutan itu kerana, kesalahan menyebut sesuatu perkataan itu boleh menyebabkan berlakunya kecelaruan terhadap sebutan yang sebetunya dan boleh merosakkan sesuatu bahasa itu. Perkataan di atas ini seharusnya si sebut dengan “ kewangan” dan bukanya “keewangan” kerana kata dasar bagi perkataan ini adalah wang yang menerima imbuhan apitan ke...an.  Kesimpulan yang boleh dilakukan disini ialah kita perlulah menyebut sesuatu perkataan itu dengan betul sebagai pengguna bahasa Melayu. Kita perlulah memertabatkan bahasa kita. Kita juga perlu peka terhadap masalah seperti ini agar tidak berulang lagi.
Ahad, 20/2/2011

Kata Sendi Nama 
“.......... di kalangan ahli bahasa”
Penggunaan kata sendi nama “di” tidak boleh digunakan bersama perkataan kalangan. Kata sendi nama “di”  ini perlu digantikan dengan kata “ dalam”. Ayat yang sebenarnya ialah “..........dalam kalangan ahli bahasa”. Penggunaan kata dalam adalah lebih tepat dari struktur ayatnya dan menjadikan ayat ini lebih gramatis. Tetapi  hakikat inilah yang dilakukan oleh seorang penceramah ketika beliau berdiskusi mengenai bahasa dalam sebuah seminar bahasa. Mungkin beliau tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan olehnya. Oleh yang demikian, kita hendaklah berhati-hati dan peka terhadap penggunaan bahasa supaya kita tidak melakukan sebarang kesilapan ketika kita berbahasa.

Isnin , 21/2/2011

Hello
“ Hello, selamat pagi,.................. boleh saya bantu”
Sekiranya kita membuat panggilan kepada sesebuah organisasni ini adalah antara ayat yang sering kali kita dengar. Jika kita lihat bahasa yang digunakan merupakan bahasa yang sopan. Penggunaan bahasa yang sopan ini mencerminkan personaliti seseorang atau sesebuah organisasi itu. Penggunaan bahasa yang sopan menjadikan kita lebih dihormati dan disegani. Kita perlulah menggunakan bahasa yang sopan dalam kehidupan seharian kita kerana bahasa yang sopan itu dapat mengeratkan hubungan sesama kita. Pada hari ini kita dapat lihat yang masyarakat kita agak kurang menggunakan bahasa yang sopan dalam kehidupan seharian khususnya golongan muda. Kebanyakan golongan muda pada hari ini banyak mengucapkan bahasa yang agak kasar dalam perbualan seharian terutamanya ketika berbicara dengan rakan-rakan. Masalah seperti ini seharusnya dielakkan dan kita perlulah mengucapkan kata yang sopan dan sedap didengar. Penggunaan bahasa yang sopan merupakan cerminan diri kita yang sebenarnya.

Selasa ,22/2/2011
Penjodoh bilangan
“Rumah awak berapa orang penduduk.”
Jika kita lihat pada ayat di atas kita dapati penjodoh bilangan  yang digunakannya tidak sesuai dengan ayat tersebut. Perkataan penduduk itu menunjukkan ramai dan lebih sesuai untuk merujuk bilangan penghuni bagi sesebuah kawasan seperti pekan, kampung, bandar, daerah dan negara. Ayat diatas lebih sesuai menggunakan kata bilangan penghuni kerana penghuni itu lebih sinonim bagi bilangan mereka yang tinggal di dalam sesebuah rumah. Kita perlu menggunakan kata atau penjodoh bilangan yang sesuai apabila kita ingin menyatakan sesuatu perkara. Penggunaan penjodoh bilangan yang betul menjadikan maklumat disampaikan itu dapat diterima oleh orang lain adalah tepat dan tidak berlaku salah faham.